Friday 21 January 2011

Cinta tanpa komitmen?

Salam. 
Sudah lama aku ingin menaip mengenai tajuk ini, berdasarkan perbincangan dan pengalaman (pengalaman sendiri? mungkin juga) mengenai cinta tanpa komitmen.

Secara ringkasnya.. apa itu cinta?
Cinta adalah perasaan kasih sayang, suka, ingin memiliki, rindu, nak tgk sentiasa, nak bermanja2, dan bermacam perasaan yang best...yang dirangkumkan menjadi satu...iaitu CINTA.

Sebab tu ramai orang keliru, dia sayang, tapi dia kata x cinta, dia rindu, tapi dia kata tu bukan cinta..tu rindu.. tapi..bila tanya cinta tu apa? dia sendiri tak tau nak jawab..jadi bagilah pakar2 yang jawab..hehe.

Dah faham cinta, nak faham lak apa itu CINTA TANPA KOMITMEN?

Persoalan yang timbul...
1. Kenapa ada orang yang putus cinta, tapi tak frust teruk, tapi ada juga yang frust teruk..apa bezanya?
2. Kenapa manusia sanggup berkorban untuk cinta, tapi cinta tak berkorban untuk kita?
3. Kenapa ada yang bercinta sebelum kawin dan ada yang bercinta selepas kawin?
4. Kenapa ada yang kawin dengan orang yang dia tak cinta, ada juga yang x dapat kawin dengan orang yang dia cintai?

Kalau kita benar2 faham dengan cinta, kita akan faham teori cinta tanpa komitmen.
Cinta tanpa komitmen adalah cinta 100%, tapi beri harapan 50%. Maksudnya... bercinta macam orang lain bercinta, tapi harapan untuk kekal dan berjaya dalam cinta hanya bagi 50%.

Ini bukan bermakna x bercinta sepenuh hati, atau cinta main2..cinta tetap 100% tapi harapan 50%.
Apa kebaikannya?
1. Kalau frust...50% jer nak menonggeng..masih leh dikawal.
2. Kalau rindu ka..kalau gaduh ka..x menganggu kehidupan..macam x dak apa2..
3. jeles pun x kuat sangat..nak pi umah pak sedara ka..nak pi kenduri pun x payah soal jawab banyak2 sangat.
4. Ekstremnya - x ramai yang mati bunuh diri atau eksiden kenderaan x tentu pasal.

Fikir dan renung2 kan..
Wassalam